Sunday, May 18, 2008

Penyu uji pemain Brazil

Terengganu akan menguji dua pemain import dari Brazil dalam usaha memantapkan prestasi skuad Penyu menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Mereka ialah Cleiton Silva de Aliveira, 26, yang akan tiba di sini pada 23 Mei ini dan Bill Faria Alesandro, 26, yang dijangka tiba dalam masa terdekat.

Pengurus pasukan, Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata, Cleiton Silva adalah bekas pemain kelab Flamingo Brazil dan beraksi di bahagian serangan.

"Manakala Bill Faria pula ialah bekas pemain Kelab Gremio Bage," katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, pemain import Terengganu, Fabio Flor yang kini sedang bercuti di Brazil diberikan tanggungjawab bagi mencari pemain berkenaan.

Katanya, mereka bakal menggantikan Gliesson Preire yang digugurkan selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Terengganu.

Menurut Sheikh Tajuddin, pihaknya terpaksa mengambil pemain import baru sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

No comments: