Thursday, May 22, 2008

Perlis gegar Piala Malaysia


KETUA Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim yakin anak didiknya yang kini di peringkat akhir persiapan sudah bersedia untuk menggegar dalam kempen Piala Malaysia, Jun ini.Bekas pengendali Telekom Melaka (TMFC) itu berkata, persiapan rapi sudah dilakukan termasuk mengatasi segala aspek kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti sepanjang saingan Liga Super lalu.

Antaranya termasuklah memantapkan semua posisi utama iaitu pertahanan, tengah dan jentera serangan dengan meminjam khidmat beberapa pemain yang beraksi untuk pasukan Liga Perdana dan Liga Super lalu.


Pemain terbabit termasuk dari Argentina, Chena Gustavo Roberto bagi menggantikan Julio Cesar Rodrigues dan bekas pemain Perlis, Azlan Ismail yang beraksi untuk Polis pada Liga Perdana lalu menerusi pertukaran dengan pemain penyerang, Mohd Nizaruddin Yusof.

“Selain itu, kita juga berusaha mendapatkan beberapa pemain yang beraksi dengan beberapa pasukan Liga Perdana yang tidak beraksi pada kempen Piala Malaysia nanti menerusi pinjaman untuk memantapkan posisi tengah dan serangan,” katanya
.

No comments: