Friday, May 16, 2008

Kelibat Adebayor di MAlaysia

Kelibat Adebayor



BANGGA: Adebayor (11) dipeluk Frederic Kanoute sambil diperhati Mahamadou Diarra (kiri)sebelum perlawanan persahabatan di Seville, kelmarin.

Promoter sahkan pemain itu dalam penerbangan ke KL

KINI sah penyerang Arsenal dari Togo, Emmanuel Adebayor akan beraksi di Piala Antara Benua dan akan tiba di Kuala Lumpur, esok selepas beraksi bersama skuad senior negara di Libya.

Pengesahan kehadiran penyerang tinggi lampai itu disahkan Naib Presiden Octagon Asia, Mariqar Iqbal yang juga promoter Piala Antara Benua.


“Selepas beraksi di Libya, dia akan terus ke Kuala Lumpur dan kami sudah melakukan segala urusan penerbangan untuknya dan Persatuan Bola Sepak Togo juga sudah memberi pengesahan mereka sudah memperoleh pelepasan daripada Arsenal,” kata Mariqar, semalam.

Kedatangan Adebayor pasti menghangatkan lagi saingan Piala Antara Benua, dan ribuan peminat Arsenal di negara ini pasti tidak mahu melihat aksi pemain itu di Malaysia bersama skuad Bawah 23 Tahun Togo.

Sementara itu, Mariqar menegaskan kedatangan Adebayor hanya permulaan buat Piala Antara Benua dan pihaknya akan terus berusaha memastikan kejohanan itu terus berkembang pada edisi kedua tahun depan.

“Kami sanggup melalui segala rintangan untuk menjayakan kejohanan ini adalah kerana kami yakin dengan kejohanan ini, ia juga adalah kejohanan yang mampu memberi pendedahan antarabangsa yang baik buat skuad Malaysia.

“Bagi saya skuad Malaysia memberi aksi baik pada perlawanan pembukaan bertemu Ireland semalam (kelmarin) walaupun mereka tewas 1-3, dan saya percaya kejohanan ini juga mampu membantu peningkatan mereka.

“Negara seperti Australia sudah memberi pengesahan untuk kembali tahun depan, dan kami juga akan berusaha untuk membawa pasukan seperti skuad bawah 21 tahun England, Korea dan Jepun pada tahun depan,” katanya.

No comments: