Thursday, May 22, 2008

Norfarhan wakili Polis



"MEMANG berat hati meninggalkan Terengganu untuk bersama pasukan baru, tetapi saya terpaksa demi kerjaya," kata bekas pemain kebangsaan, Md Norfarhan Mohamad, 24, yang berpindah ke Polis.

Pemain berasal dari Wakaf Tapai, Marang itu mengakui sukar untuk membuat keputusan sedemikian kerana sudah bersama skuad Terengganu sejak 2002 dan banyak menimba ilmu mengenai bola sepak.

Norfarhan berkata, pada peringkat awal dia tidak berniat untuk berhijrah ke pasukan lain ketika Terengganu layak ke separuh akhir Piala FA bertemu dengan Selangor tetapi terpaksa membuat keputusan itu selepas mendapati dirinya lebih banyak memanaskan bangku simpanan.


Menurutnya, dia bersama Md Norhisham Hassan, 25, dipanggil pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin selepas sebuah akhbar melaporkan mereka berhasrat menyertai Polis.

Pemain itu yang menjaringkan empat gol termasuk satu gol dalam Piala FA mengakui masalah kecederaan lama menyebabkan dia terpaksa direhatkan beberapa perlawanan sehingga menjejaskan prestasinya.

“Saya berterima kasih kepada PBSNT kerana mengambil saya bermain untuk skuad Terengganu dan dipilih dalam skuad kebangsaan pada 2006,” katanya.

No comments: