Sunday, May 18, 2008

Piala FA milik Portsmouth

LONDON: Portsmouth merakamkan detik gemilang menjuarai mahkota kejuaraan Piala FA buat pertama kali dalam tempoh 69 tahun menerusi gol tunggal penyerang Nigeria, Nwankwo Kanu untuk menewaskan Cardiff City 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley, malam tadi.


Pengurus pasukan, Harry Redknapp jelas antara orang paling gembira pada malam berkenaan selepas berjaya mendakap trofi dalam kejuaraan utama buat julung kali dalam tempoh 25 tahun sepanjang kerjayanya selaku jurulatih.

“Menakjubkan untuk semua, khasnya keluarga saya. Ini satu impian yang menjadi kenyataan dan saya kagum dengan setiap pemain yang bekerja keras mengecapi detik bersejarah ini,” katanya.


Final itu pada awalnya adalah saingan terbuka dan menarik.

Gol penentuan hadir pada minit ke-37 apabila pemain tengah, John Utaka melencongkan hantaran lintang rendah dari kanan dan penjaga gol pinjaman Cardiff dari Finland, Peter Enckelman hanya mampu menolak ke arah laluan Kanu yang hadir pantas menolak masuk gol - menebus kesilapan awal yang sebelum itu terkena tiang

No comments: