Friday, May 16, 2008

'Ronaldo sertai Liga Sepanyol'

LONDON: Pemain sayap Cristiano Ronaldo mencetuskan persoalan bahawa dia mungkin akan meninggalkan Manchester United selepas final Liga Juara-Juara Eropah minggu depan, lapor media British, semalam.

Pemain antarabangsa Portugal yang menyumbat 31 gol membantu United memastikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol dan dia tidak menolak kemungkinan untuk berpindah pada masa terdekat.

“Saya gembira di sini tetapi biarlah kita lihat dulu selepas final Liga Juara-Juara Eropah,” kata Ronaldo dalam temubual bersama siaran Televisyen Sepanyol yang dipetik di akhbar Daily Telegraph, semalam.


“Saya rasa tenang di sini. Saya gembira di sini tetapi di masa depan saya tidak tahu.”

Pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk kekal bersama juara EPL itu minggu lalu dengan kontraknya hanya akan berakhir sehingga 2012, namun komen terbarunya tanpa diragui mula menimbulkan tanda tanya.

“Sudah berjuta kali saya katakan saya memang suka bermain di Sepanyol tetapi ia satu impian dan perlu satu lagi untuk menjadikan ia realiti.” United akan berdepan Chelsea pada final Liga Juara-Juara Eropah di Moscow awal pagi Khamis nanti. - Reuters

No comments: