Saturday, May 17, 2008

Malaysia atasi Iraq 1-0

Malaysia membuka kembali sisa peluang untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Antara Benua apabila menewaskan Iraq 1-0 menerusi jaringan cantik Mohd. Safee Sali dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia berkongsi tiga mata dengan Ireland dan Nigeria dalam Kumpulan A.

Begitu pun, Malaysia berdepan halangan getir untuk ke separuh akhir apabila bertemu pasukan pilihan Nigeria pada perlawanan terakhir Kumpulan A, esok.

Terdahulu, Nigeria membuktikan status selaku pasukan pilihan apabila menang 3-1 ke atas Ireland.

Walaupun tewas, Iraq masih turut berpeluang ke separuh akhir kerana masih memiliki dua baki perlawanan.

Pada perlawanan, semalam anak buah B. Sathianathan mempamerkan aksi bertenaga, berbanding ketika tewas 1-3 kepada Ireland pada perlawanan pembukaan kelmarin.

Penguasaan Malaysia dijelmakan sejurus permainan bermula hasil rembatan Safee Sali minit kesembilan selepas mendapat hantaran silang Mohd. Azquan Adha Abd. Razak tetapi rembatan penyerang Selangor itu tersasar.

Malaysia meneruskan momentum asakan dan hampir di depan seminit kemudian namun tandukan Zaquan yang menyambar hantaran ketua pasukan, Mohammad Shukor Adan sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol Iraq.

No comments: