Thursday, May 22, 2008

Peluang raih juara berganda

ROME: Final Piala Itali keempat berturut-turut antara Inter Milan dan AS Roma esok memberikan juara Serie A, Inter peluang untuk merangkul gelaran berganda selepas penghormatan itu dinafikan Roma musim lalu.


Final di Stadio Olimpico di Rome, bukan lagi perlawanan timbal balik seperti tahun sebelumnya, akan dilangsungkan di sebalik spekulasi ia bakal menjadi perlawanan terakhir Roberto Mancini selaku pengendali.

Jurulatih itu menguatkan khabar angin apabila tidak membuat sebarang komen umum sejak Inter mengesahkan gelaran ketiga berturut-turut Serie A, Ahad lalu.


Ejen Mancini berkata pada Selasa lalu bahawa jurulatih itu akan kekal di Inter musim depan. Tetapi spekulasi bahawa Mancini menuju ke Chelsea sementara bekas bos kelab London itu, Jose Mourinho mengambil alih tempatnya di bilik persalinan Inter dijangka berterusan sehingga terdapat kenyataan rasmi.

Masa depan tokoh berusia 43 tahun itu diragui sejak berkata, dia akan meletak jawatan selepas akhir musim berikutan kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Liverpool Mac lalu sebelum membuat pusingan U

No comments: